Nokia 8 Tertiris Awal Di Laman Rasmi Nokia

Nokia 8 Tertiris Awal Di Laman Rasmi Nokia

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Nokia 8 ialah peranti utama yang kami nantikan kemunculannya. Tiga peranti Android yang dilancarkan pada awal tahun kesemuanya mempunyai spesifikasi tahap pertengahan. Rekaannya tertiris beberapa hari yang lalu dan kini kewujudannya disahkan secara tidak sengaja oleh pihak Nokia sendiri.

Muka hadapan laman Nokia China secara tidak sengaja mengeluarkan imej Nokia 8 semalam. Ini memberikan petunjuk tarikh pelancarannya sudah semakin hampir Kepada yang berminat dengan Nokia 8,  ia mungkin dilengkapi skrin bersaiz 5.3-inci, diperkasakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Apa yang menariknya selain daripada spesifikasi tinggi adalah penggunaan dwi-kamera 13-megapixel di belakang menggunakan penjenamaan Zeiss.


TIPS & ULASAN