Nissan Memperlihatkan E-Pedal – Satu Pedal Kawalan Untuk Memecut Dan Membrek Kenderaan Elektrik

Nissan Memperlihatkan E-Pedal – Satu Pedal Kawalan Untuk Memecut Dan Membrek Kenderaan Elektrik

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Pada kenderaan manual terdapat tiga pedal kawalan untuk memecut, membrek dan klac menukar gear. Dengan transmisi automatik, tiada pedal klac diperlukan. Di masa hadapan kenderaan elektrik hanya memerlukan satu pedal sahaja. Nissan memperlihatkan teknologi e-pedal yang dibangunkan untuk model terbaru kereta elektrik Nissan Leaf mereka.

Untuk bergerak pedal ditekan manakala untuk memperlahankan kenderaan tekanan dikurangkan. Menghentikan kenderaan sepenuhnya dilakukan dengan melepaskan kaki sepenuhnya dari e-pedal. Dengan e-pedal kawalan kenderaan dipermudahkan. Nissan Leaf menggunakan sistem brek penjanaan semula di mana haba dari brek dikitar semula untuk mengecas bateri kereta. Kenderaan model terbaru ini akan mula dijual September hadapan.


TIPS & ULASAN