Intel Dilaporkan Menutup Bahagian Peranti Boleh-Pakai – Kini Memfokuskan AR

Intel Dilaporkan Menutup Bahagian Peranti Boleh-Pakai – Kini Memfokuskan AR

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Intel sebagai syarikat teknologi memfokuskan pemprosesan, sebelum ini turut memfokuskan kepada pembangunan peranti boleh-pakai, termasuk memperlihatkan beberapa produk dibawah jenama Basis. Untuk makluman, Intel sebelum ini telah mengambil-alih pengeluar peranti boleh-pakai Basis pada tahun 2014 yang lepas.

Walaubagaimanapun, dengan cabaran dan persaingan sengit dalam arena berkenaan, ia dikatakan Intel kini telah menutup bahagian peranti boleh-pakai mereka. Selain daripada bahagian peranti boleh-pakai, baru-baru ini Intel turut telah menamatkan pengeluaran produk peranti berhubung mereka, Edison, Galileo dan juga Joule.

Intel Basis Peak

Langkah ini mungkin akan membolehkan Intel memfokuskan kepada beberapa arena teknologi baru yang lain. Menurut laporan CNBC, Intel kini memfokuskan kepada arena AR (augmented reality). Arena ini turut menerima fokus tinggi daripada beberapa syarikat teknologi lain, termasuk Google, Apple, Facebook dan juga Microsoft.

Buat masa ini, Intel tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan mengenai penutupan bahagian pengeluaran peranti boleh-pakai ini.


TIPS & ULASAN