Lori Tentera Swapandu Dibangunkan Oleh China

Lori Tentera Swapandu Dibangunkan Oleh China

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Teknologi yang digunakan oleh tentera biasanya adalah lebih maju yang digunakan oleh sektor awam. Di Amerika Syarikat, projek yang dibiayai DARPA kini digunakan oleh orang awam seperti Internet, sistem navigasi GPS dan robot. Tetapi teknologi swapandu dipacu sepenuhnya oleh keperluan awam dan hanya kebelakangan ini digunapakai oleh pihak tentera.

China misalnya berjaya menguji lori tentera dengan kemampuan swapandu. Lori Shaanxi SX2306 diubahsuai dengan sistem pemanduan automatik menggunakan sensor optikal. Menurut laporan media China, ia boleh memandu sendiri atau dikawal dari jarak jauh. Pada waktu yang sama ia boleh bergerak secara berkumpulan mengikut sebuah kenderaan yang mempunyai pemandu manusia. Dengan sistem swapandu, misi membekalkan bekalan ke perbatasan yang berbahaya tidak lagi memerlukan manusia.

Dengan kejayaan ujian ini, China mengikut jejak tentera Amerika Syarikat yang turut membangunkan sistem lori swapandu. Sistem AMAS ( Autonomous Mobility Appliqué System) Amerika Syarikat dengan kemampuan sama berjaya diuji pada tahun 2014.


TIPS & ULASAN