Carian
SpaceX Menyasarkan Untuk Guna Kembali Roket Dalam Tempoh 24 Jam Selepas Pelancaran
July 20, 2017 Aman

Kita sebelum ini sedia melihat SpaceX menggunakan kembali roket yang telah dilancarkan – sekaligus membolehkan kos penerbangan ke angkasa dikurangkan. Dengan kejayaan berkenaan, kini SpaceX hadir dengan sasaran baru – iaitu ingin menggunakan suatu roket yang telah dilancarkan kembali dalam tempoh sekitar 24 jam selepas pelancaran pertamanya.

SpaceX menyasarkan untuk menjayakan penggunaan kembali roket fasa penerbangan pertama ini menjelang 2018 kelak.

Seperti biasa, untuk penggunaan semula sesuatu roket, ia perlu melalui pelbagai semakan teknikal bagi mengelakkan keinginan yang tidak diingini berlaku ketika penerbangan.

Sekiranya perkara ini berjaya dilakukan, maka kita mungkin akan dapat melihat kepada misi manusia ke planet Marikh semakin menghampiri kejayaan dan pada masa yang sama membawa kepada kos yang lebih rendah berbanding pada hari ini.

Komen