Google Play Protect Melindungi Peranti Android Anda Daripada Diserang Perisian Hasad

Google Play Protect Melindungi Peranti Android Anda Daripada Diserang Perisian Hasad

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Masalah serangan perisian hasad terhadap peranti-peranti mudah-alih semakin menular kebelakangan ini. dan nampaknya pihak Google sedang bertungkus-lumus untuk membangunkan sebuah ciri untuk memastikan para pengguna peranti mudah-alih Android lebih selamat.

Dan kini nampaknya pihak Google sedang mengeluarkan ciri keselamatan tersebut yang bernama Google Play Protect yang akan mengimbas peranti Android anda untuk mengesan jika aplikasi-aplikasi yang anda muat-turun ke dalam peranti anda dijangkiti sebarang perisian hasad.

Ciri ini akan hadir apabila anda mengemaskini peranti anda, dan ia menggunakan Google Mobile Services 11. Ia akan dimuat-turun secara automatik, dan dapat dilihat melalui menu Security dibawah tetapan Google.

Menurut Google, ciri Google Play Protect ini akan bekerjasama bersama-sama ciri pengimbas Google di Play Store mereka, supaya para pengguna peranti Android akan lebih selamat sewaktu menggunakan peranti-peranti mereka.

Kami pasti bahawa pihak Google sentiasa peka dengan masalah-masalah yang dibawa oleh aplikasi yang dicemari oleh perisian-perisian hasad ini, akan tetapi kami boleh katakan bahawa kebanyakan masalah ini hadir apabila pengguna itu sendiri memuat-turun aplikasi yang tidak disahkan oleh pihak Google melalui Google Play Store. Apa-apa pun, kami sarankan anda berhati-hati apabila memuat-turun aplikasi-aplikasi tersebut, supaya anda tidak menyesal kelak.


TIPS & ULASAN