Razer Sedang Membangunkan Telefon Pintar Untuk “Permainan Video”

Razer Sedang Membangunkan Telefon Pintar Untuk “Permainan Video”

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Razer merupakan salah satu syarikat yang popular dikalangan para peminat permainan video – dimana mereka menawarkan komputer riba dengan kuasa pemprosesan dan grafik tinggi, disamping menyediakan sejumlah aksesori menarik dibawah jenama Razer yang sinonim dengan warna hijau. Disamping itu, Razer juga membuat kejutan sebelum ini dengan mengambil-alih salah satu syarikat pengeluar telefon pintar, iaitu Nextbit.

Sejak daripadanya, tiada sebarang perkara dikongsikan dan Razer senyap sahaja mengenai perancangan mereka.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Razer sedang membangunkan sebuah telefon pintar yang menyasarkan kepada para pemain video tegar. Dengan populariti permua seperti Vainglory, Mobile Legends, Clash Royale, dan sebagainya yang semakin meningkat popular, ia merupakan salah satu perkara yang dijangka dimana pengeluar hadir dengan peranti yang dioptimasikan untuk permua.

Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah Razer akan melancarkannya. Razer merancang untuk menyenaraikan syarikat mereka untuk penawaran saham – dan mungkin dengan dana tambahan yang akan diperoleh melaluinya, Razer akan dapat menawarkan telefon pintar dan bersaing dengan pelbagai jenama popular lain – apatah lagi dengan Razer yang mempunyai pengikut mereka tersendiri.


TIPS & ULASAN