Atari Hadir Dengan Speakerhat – Topi Yang Dilengkapi Dengan Speaker Dan Mikrofon

Atari Hadir Dengan Speakerhat – Topi Yang Dilengkapi Dengan Speaker Dan Mikrofon

Diterbitkan pada July 20, 2017 oleh .

Atari merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan video klasik. Beberapa hari lepas, kita telah melihat Atari memperlihatkan konsol mereka yang dalam pembangunan – dan hari ini mereka memperkenalkan satu lagi produk dibawah Atari Connected Life, dinamakan sebagai Speakerhat.

Speakerhat merupakan topi kep yang dilengkapi dengan speaker stereo dan juga mikrofon yang boleh dihubungkan serta-merta kepada sebarang peranti dengan sokongan Bluetooth.

Atari Speakerhat

Atari mengatakan pengguna boleh menghubungkan ia kepada telefon, tablet, komputer – dan seterusnya memainkan media melaluinya, selain menggunakan ia untuk menjawab panggilan, atau memberikan arahan suara untuk pembantu digital.

Buat masa ini, Atari tidak mengumumkan sebarang tarikh jualan untuknya. Tetapi melalui laman rasmi Atari Life, mereka telah membuka ujian beta untuk Speakerhat ini.


TIPS & ULASAN