Kini, Anda Boleh Lawat Stesen Angkasa Antarabangsa Melalui Street View

Kini, Anda Boleh Lawat Stesen Angkasa Antarabangsa Melalui Street View

Diterbitkan pada July 21, 2017 oleh .

Google Street View sedia meliputi majoriti jalan raya utama seluruh Malaysia, selain turut memudahkan anda melawat sejumlah lokasi menarik seluruh dunia. Kini, bukan sahaja di darat, pihak Google kini turut membolehkan anda melawat dan melihat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terus melalui kaca monitor anda tanpa perlu keluar rumah.

Penambahan terbaru pada Google Street Views ini membolehkan anda melawat lokasi dimana para angksawan tidur, beroperasi, bersenam, menyimpan makanan dan sebagainya. Stesen Angkasa Antarabangsa ini diliputi oleh 15 modul berhubung, dan pengguna boleh melawat ia dalam bentuk paparan 360-darjah terus pada Google Street View.

Untuk menjayakan perkara ini sendiri, Google telah bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk NASA untuk mengumpulkan rakaman gambar menggunakan kamera DSLR khusus.

Bagi anda yang berminat, anda boleh melawat Stesen Angkasa Antarabangsa ini melalui Google Street View hari ini pada desktop ataupun pada telefon pintar.

Lawat : Stesen Angkasa Antarabangsa


TIPS & ULASAN