LG Q8 Hadir Dengan Snapdragon 820, Skrin Kedua, Dan Sokongan Kalis Air
LG

LG Q8 Hadir Dengan Snapdragon 820, Skrin Kedua, Dan Sokongan Kalis Air

Diterbitkan pada July 21, 2017 oleh .

LG telah memperkenalkan LG Q6 sebelum ini yang mana hadir sebagai peranti bersaiz mini untuk LG G6 dengan panel 18:9 serta rekaan menarik. Kini, satu lagi peranti baru diperkenalkan dibawah siri-Q, iaitu LG Q8.

LG Q8 dilihat sebagai peranti LG V20 yang telah mula dijual di Malaysia baru-baru ini, tetapi dengan rekaan saiz yang lebih kompak. LG Q8 juga turut dilengkapi dengan skrin kedua pada bahagian hadapan lebih kurang sama seperti LG V20.

LG Q8

LG Q8

Dari segi spesifikasi, LG Q8 hadir dengan skrin 5.2-inci QHD, menggunakan cip Snapdragon 820, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB dan bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini turut menggunakan dwi-kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel. LG Q8 turut membawakan piawaian kalis air IP67.

Buat masa ini, LG Q8 hanya disenaraikan dibeberapa buah negara sahaja – dan tidak diketahui sama ada ia akan ditawarkan secara meluas ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN