Samsung Galaxy Note 8 Akan Dilancarkan 23 Ogos Hadapan
July 21, 2017
Samsung
Effi Saharudin
Misteri tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note 8 akhirnya terjawab. Sebelum ini DJ Koh, CEO bahagian mobil Samsung mengatakan ia akan dilancarkan akhir Ogos. Jemputan ke majlis Unpacked pada 23 Ogos Di New York mula diterima pengamal media dengan imej peranti dilengkapi S-Pen.

Rekaan skrin menyerupai S8 dan ini menguatkan lagi kebarangkalian Note 8 akan dilancarkan. Phablet ini akan dilengkapi sistem dwi-kamera dan skrin yang dipercayai sebesar 6.3″. Bagi mereka yang kecewa dengan Galaxy Note 7, Note 8 ialah peranti yang pasti dinantikan pelancarannya di Ogos ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.