Motion Stills Dilancarkan Untuk Android – Aplikasi Menghasilkan GIF Beranimasi Dan Hyperlapse

Motion Stills Dilancarkan Untuk Android – Aplikasi Menghasilkan GIF Beranimasi Dan Hyperlapse

Diterbitkan pada July 21, 2017 oleh .

Aplikasi Motion Stills dilancarkan di iOS tahu lalu bagi memudahkan pengeksportan Live Photo ke dalam bentuk GIF beranimasi. Perkongsian kepada pengguna yang tidak menggunakan peranti iOS dipermudahkan melalui aplikasi ini. Motion Stills akhirnya dilancarkan pada platform Android hari ini dengan fungsi berbeza.

Motion Still membenarkan rakaman video singkat 3 saat yang kemudiannya boleh dieksport dalam betuk GIF beranimasi atau video. Ia turut mempunyai fungsi hyperlapse dengan penstabilan automatik. Pengguna boleh merakam video panjang yang kemudiannya dipercepatkan. Terdapat pilihan kepantasan 2X, 4X dan 8X. Ini kemudian turut boleh dieksport dalam bentuk GIF beranimasi atau video. Motion Stills menyokong peranti yang menggunakan Android 5.1 dan ke atas.

Muat turun Motion Stills dari Play Store


TIPS & ULASAN