Harga Jualan Huawei Nova Lite Dikemaskini – Bermula RM 699

Harga Jualan Huawei Nova Lite Dikemaskini – Bermula RM 699

Diterbitkan pada July 21, 2017 oleh .

Huawei Nova Lite dilancarkan di Malaysia pada April yang lalu dengan harga RM 999. Sempena menyambut bulan kemerdekaan Malaysia, harga peranti kelas pertengahan ini dikemaskini bermula dari RM 699. Harga baru ini adalah untuk model berwarna hitam dan emas. Untuk model berwarna biru pula harga jualannya ialah RM 759. Promosi ini hanya akan ditawarkan sehingga 31 Ogos.

Huawei Nova Lite dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip Kirin 655, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB dengan sokongan kad mikro-SD. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari serta bateri sebesar 3000mAh.


TIPS & ULASAN