Carian
Razer Hadir Dengan Aksesori Bertemakan Permainan Destiny 2
July 21, 2017 Aman

Destiny 2 merupakan salah satu permainan aksi baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan telah memulakan ujian beta untuknya pada minggu ini. Kini, bersempena dengan permainan berkenaan, pihak Razer turut mengumumkan sejumlah aksesori permainan baru bertemakan dengan permainan berkenaan.

Razer Destiny 2

Melalui penawaran ini, Razer menyediakan sebuah set kepala dinamakan Destiny 2 Razer ManO’War Tournament Edition, papan kekunci dinamakan Destiny 2 Razer Ornata Chroma, dan tetikus Destiny 2 Razer Deathadder Elite.

Seperti biasa, sekiranya anda peminat tegar permainan Destiny 2, semestinya tidak ingin ketinggalan untuk mendapatkan aksesori memfokuskan permainan video dan multimedia daripada Razer ini.

Komen