Facebook Sedang Melihat Kepada Pembangunan Telefon Pintar Modular?

Facebook Sedang Melihat Kepada Pembangunan Telefon Pintar Modular?

Diterbitkan pada July 21, 2017 oleh .

Facebook sedia mempunyai sebuah bahagian pembangunan dalaman yang membangunkan pelbagai projek rahsia, dinamakan sebagai Building 8. Terkini, ia dilihat bahagian tersebut memfailkan sebuah paten yang menandakan mereka sedang membangunkan peranti untuk pemngguna berbentuk modular.

Melalui paten yang difailkan, ia memfokuskan kepada peranti elektromagnetik berbentuk modular, yang bertujuan untuk mengurangkan pembaziran yang sering berlaku dalam pembelian barangan elektronik pengguna pada hari ini. Antara kategori produk yang disenaraikan dibawah paten ini adalah termasuk telefon dan juga speaker pintar.

Selain daripada pendaftaran paten ini, Facebook juga mempunyai sejumlah jurutera daripada Project Ara kini turut bekerja di Building 8 ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Facebook sekadar membangunkan sahaja projek ini atau ingin memasarkan dan komersialkan ia pada masa akan datang. Tetapi, memandangkan Facebook sedia memfokuskan kepada pengeluaran peranti melalui Oculus – tidak mustahil kita turut melihat Facebook melihat kepada arena peranti-peranti pintar lain pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN