Firefox Untuk iOS Kini Hadir Dengan Sokongan Tema Gelap Dan Pembaca QR

Firefox Untuk iOS Kini Hadir Dengan Sokongan Tema Gelap Dan Pembaca QR

Diterbitkan pada July 21, 2017 oleh .

Mozilla hari ini telah memperkenalkan kemaskini terbaru untuk pelayar web mereka, Firefox untuk iOS. Melalui kemaskini baru ini, sejumlah ciri-ciri baru diperkenalkan, termasuk sokongan pembaca kod QR terus melalui pelayar web Firefox untuk iOS.

Dengan adanya pembaca kod QR secaraa terbina, anda kini tidak lagi memerlukan sebarang aplikasi tambahan untuk tujuan membaca kod QR di telefon pintar anda.

Selain daripada itu, Firefox untuk iOS juga kini hadir dengan mod tema gelap, sekaligus memudahkan anda untuk terus membaca dan melayari web ketika malam atau dalam persekitaran bilik gelap – tanpa menyakitkan mata.

Disamping itu, Firefox untuk iOS baru juga menyertakan beberapa ciri-ciri baru lain, termasuk pengalaman tab yang baru dan memaparkan kandungan yang lebih dioptimasikan untuk anda berdasarkan pelayaran web anda.

Bagi anda yang menggunakan Firefox untuk iOS, boleh memuat-turun kemaskini baru ini dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan ini.

Muat-Turun Firefox untuk iOS


TIPS & ULASAN