Cari @ Amanz

YouTube merupakan laman video paling popular di dunia, dan untuk memudahkan pengguna untuk menghasilkan video dan menerbitkannya, mereka turut menyediakan penyunting video terbina pada laman mereka.

YouTube Editor

Kini, bergerak kehadapan, YouTube mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk YouTube Video Editor dan juga YouTube Photo Slideshows pada 20 September 2017 kelak. Selepas tarikh berkenaan, fungsi tersebut tidak lagi boleh diakses, disamping semua projek yang disimpan padanya yang belum diterbitkan di YouTube akan dipadam.

Walaubagaimanapun, untuk ciri Enhancement seperti memotong video, menambah kesan penuras dan sebagainya, ia masih boleh diakses melalui YouTube Video Manager seperti biasa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd