Cari @ Amanz

Pada awalnya media sosial dicipta bagi mengeratkan hubungan antara saudara mara dan rakan taulan. Kami mempunyai banyak memori manis zaman Friendster dan gembira menerima testimonial dari teman. Setelah hampir dua dekad wujud, media sosial kini mempunyai masalah buli siber yang kronik. Sebuah kajian suara di UK meletakkan Instagram sebagai platform media sosial dengan masalah buli siber paling serius.

Ditch The Label sebuah organisasi anti buli di UK melakukan pungutan suara di kalangan pengguna berusia di antara 12-20 tahun. Sebanyak 42% mengaku pernah dibuli di Instagram, 37% di Facebook dan 31% di Snapchat. Responden turut merasakan pemilik laman media sosial tidak melakukan yang sebaik mungkin untuk memenangi masalah ini. Untuk laporan lebih lengkap sila ke pautan di bawah artikel.

Kerana penggunaan media sosial yang meluas, pengguna perlu bijak menggunakan fungsi yang disediakan bagi mengelakkan diri menjadi sasaran. Tips yang terbaik yang kami boleh berikan ialah menetapkan tahap privasi paling ketat, menambah rakan yang dikenali dan menapis apa yang boleh dipaparkan.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd