Cari @ Amanz

Sebilangan pengguna peranti OnePlus yang terbaru, OnePlus 5 melaporkan bahawa telefon pintar tersebut akan mengalami masalah reboot apabila memanggil talian kecemasan 911. Terdapat beberapa insiden yang telahpun dilaporkan dimana pengguna-pengguna ini akan memanggil talian tersebut, dan peranti tersebut akan dimulakan semula.

OnePlus sedar akan gangguan ini, dan telahpun mengeluarkan kemaskini baru untuk Oxygen OS 4.5.6 yang menyelesaikan masalah ini. Menariknya, walaupun gangguan ini terhad kepada peranti-peranti di Amerika Syarikat, syarikat tersebut telahpun mengeluarkan kemaskini tersebut untuk semua peranti-peranti OnePlus 5 di seluruh dunia.

Ini adalah kerana peranti OnePlus 5 yang sedang kami ulas juga hadir dengan kemaskini tersebut. Menariknya, hotfix ini hanya hadir untuk menyelesaikan satu masalah itu sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd