Cari @ Amanz

Samsung sedia menawarkan sejumlah produk audio tersendiri dibawah jenama “Level”. Kini, laporan baru hadir daripada ETnews, mengatakan Samsung mungkin sedang membangunkan sebuah fon telinga seumpama AirPod dan dilengkapi pembantu maya pintar mereka tersendiri, Bixby.

Pesaing “AirPod” daripada Samsung ini dikatakan turut akan menyertakan sokongan teknologi pembatalan-bunyi-bising.

Samsung dikatakan akan memperkenalkan ia bersama-sama dengan pengenalan Galaxy Note 8 yang dijadualkan pada bulan hadapan.

Seperti biasa, seperti ramai sedia maklum, Bixby masih tidak lengkap sepenuhnya untuk pengguna antarabangsa – dan tidak diketahui lagi bagaimana Samsung akan memasarkan pesaing “AirPod” ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd