Cari @ Amanz

Google sebelum ini sedia membuat penaik-tarafan secara automatik kepada pengguna Windows yang menggunakan Chrome 32-bit, tetapi sistem mereka boleh menyokong versi 64-bit. Kini, Mozilla turut dilihat ingin menggunakan perkara sama melalui kemaskini Firefox 56 akan datang.

Menurut Mozilla, pada hari ini, hampir 70% pengguna Firefox menggunakan versi 32-bit tetapi menggunakan sistem operasi 64-bit. Ini membuatkan prestasi pelayar web berkenaan tidak dapat digunakan sepenuhnya, dan akan mengurangkan kadar Firefox berhenti beroperasi.

Mozilla akan melaksanakan perkara ini secara berperingkat. Bermula Firefox 55 yang dijadualkan pelancara pada 8 Ogos, Mozilla akan menawarkan versi Firefox 64-bit untuk Windows sebagai pelayar web utama sekiranya mereka menjalankan sistem Win64 dengan memori sekurang-kurangnya 2GB RAM.

Selepas itu, melalui Firefox 56 yang dijadualkan pada penghujung September, Mozilla ingin memindahkan pengguna Firefox 32-bit kepada versi 64-bit secara automatik sekiranya sistem mereka menyokongnya.

Kemaskini ini akan dilakukan secara automatik – sekaligus memberikan pengalaman penggunaan pelayar web Firefox yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd