Cari @ Amanz

Dari pengalaman peribadi suhu yang sejuk menyebabkan hayat bateri berkurangan dengan mendadak. Suhu panas pula akan menyebabkan kerosakan komponen kekal. Bagi mereka yang aktif di luar dan terdedah kepada suhu ekstrem, sarung penebat adalah diperlukan untuk telefon pintar.

Phoozy ialah sarung penebat suhu panas dan sejuk untuk telefon pintar. Ia diuji untuk menebat suhu panas sehingga 77 darjah Celsius dan suhu sejuk sehingga -20 darjah Celsius. Ia menggunakan bahan penebat kromium yang ditemui pada baju angkasawan. Selain mengawal suhu, ia turut menyerap hentakan dan boleh terapung sesuai untuk peminat sukan air. Harga jualan ialah $30 (~RM 129) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd