LG G4 Mula Menerima Kemaskini Android Nougat
LG

LG G4 Mula Menerima Kemaskini Android Nougat

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Selepas dua tahun biasanya peranti Android tidak lagi menerima kemaskini perisian dari pengeluar. Tetapi LG masih menyokong LG G4 yang dilancarkan pada tahun 2015. Di Korea Selatan pemilik peranti ini mula menerima kemaskini ke Android Nougat.

Kemaskini hanya boleh dilakukan menerusi program LG Bridge. Tiada sokongan menerusi OTA buat masa ini. Tidak diketahui bilakah kemaskini ini akan diterima oleh pengguna G4 di luar Korea Selatan. Namun sekiranya anda menggunakan model F500S, F500L, dan F500K. kemaskini boleh dimuat turun hari ini.


TIPS & ULASAN