Rekaan Samsung Galaxy S8 Active Tertiris

Rekaan Samsung Galaxy S8 Active Tertiris

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Samsung Galaxy S8 ialah peranti dengan rekaan yang semua-skrin yang menarik. Tetapi sekiranya anda membaca ulasan kami, anda pasti tahu kami merasakan peranti ini terlalu licin. Peranti yang diulas terjatuh dah panel kaca belakang mengalami keretakan. Bagi mereka yang berjari mentega, Galaxy S8 Active dihasilkan.

Peranti ini mengekalkan rekaan skrin 18:9 tetapi skrin rata digunakan. Kerangka peranti diperbuat daripada getah yang akan menyerap hentakan sekiranya peranti terjatuh. Rekaan peranti ini nampak lebih tahan lasak dengan kemasan skru pada setiap penjuru serta bezel pada bahagian skrin. Perbezaan selain kerangka tahan lasak ialah bateri yang dipertingkatkan ke 4000 mAh. Sayang sekali peranti Galaxy Active (kecuali tablet Galaxy Tab Active) tidak pernah dijual di pasaran Malaysia dan perlu diimport masuk


TIPS & ULASAN