Google Pixel 2 Dilaporkan Akan Menggunakan Pemproses Snapdragon 836

Google Pixel 2 Dilaporkan Akan Menggunakan Pemproses Snapdragon 836

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Google Pixel masih belum secara rasmi dijual di Malaysia. Bagi yang masih mahu memiliki peranti ini, mungkin mereka lebih baik menantikan model kemaskini Pixel 2. Kini kedengaran ura-ura Pixel 2 dan Pixel XL 2 akan menjadi peranti pertama dilengkapi pemproses Snapdragon 836.

Pemproses ini sedikit lebih berkuasa berbanding Snapdrgan 835 yang ditemui pada OnePlus 5, Sony Xperia XZ Premium dan HTC U11. Tahun lalu Google Pixel menjadi peranti pertama dilengkapi Snapdragon 821. Kebarangkalian ura-ura ini menjadi kenyataan adalah agak tinggi. Pixel 2 dijangka dilancarkan pada Oktober hadapan dan kebenaran ura-ura ini bakal terjawab.


TIPS & ULASAN