Jurugambar National Geographic Menggunakan Vivo Xplay6 Dalam Kembara Mereka

Jurugambar National Geographic Menggunakan Vivo Xplay6 Dalam Kembara Mereka

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Adakah anda suka menonton National Geographic? Tidak dinafikan dokumentari yang dihasilkan mereka adalah sangat menarik. Baru-baru ini pihak vivo telah bekerjasama dengan National Geographic dalam membawakan karya dari jurugambar tersohor mereka.

Seramai lima jurugambar telah menyertai kerjasama ini dan salah seorang jurugambar terkemuka ialah Michael Yamashita. Mereka telah mengembara ke China, Amerika, Mexico dan India dan merakamkan gambar-gambar yang menarik menggunakan telefon pintar vivo Xplay 6.

 

Telefon pintar vivo Xplay6 dilengkapi skrin 5.46″ SAMOLED QHD, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, memori sebesar 6 GB RAM dan storan sebesar 128 GB. Dari segi kamera pula ia dilengkapi kamera utama berkembar 12+5 Megapixel f/1.7 dengan OIS  dan kamera selfie sebesar 16-Megapixel f/2.0. Akhir sekali bateri sebesar 4080 mAh dengan sokongan pengecasan pantas membekalkan kuasa kepada peranti ini.

Penafian : Advertorial dari vivo Malaysia


TIPS & ULASAN