Cari @ Amanz

Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini Grab mengesahkan yang mana mereka telah menerima suntikan dana berjumlah $2 bilion daripada Didi Chuxing (alternatif Uber di China) dan juga daripada Softbank. Disamping suntikan dana bernilai $2 bilion yang baru ini, Grab turut menyasarkan untuk menerima tambahan $500 juta daripada pelabur – sekaligus akan membawa kepada jumlah $2.5 bilion bagi suntikan dana kali ini.

Mengikut desas-desus, dengan suntikan dana ini, ia membawa kepada syarikat Grab kini bernilai melangkaui $6 bilion – selain menjadikan ini sebagai suntikan dana terbesar untuk rantau Asia Tenggara buat masa ini.

Suntikan dana ini juga dijangka akan digunakan oleh Grab untuk bersaing dengan lebih aktif bersama Uber – selain pada masa yang sama terus memperluaskan dan mengukuhkan penawaran mereka di rantau Asia Tenggara.

Buat masa ini, Grab beroperasi di tujuh buah negara, dan dikatakan mempunyai sekitar 1.1 juta pemandu berdaftar dengan platform mereka. Selain daripada penawaran pengangkutan untuk ditempah, Grab juga baru-baru ini telah mengambil-alih syarikat memfokuskan kewangan untuk diintegrasikan ke dalam platform mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd