Apple Bekerjasama Dengan The Rock Menghasilkan Filem Pendek Mempromosikan Siri

Apple Bekerjasama Dengan The Rock Menghasilkan Filem Pendek Mempromosikan Siri

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Penggunaan selebriti popular untuk menjual produk telah digunakan sejak zaman Rom purba. Pada waktu tersebut pahlawan gladiator menjadi duta mempromosikan barangan seperti minyak zaitun. Beribu tahun telah berlalu dan teknik mempromosikan ini turut digunakan oleh Apple.

Mereka bekerjasama dengan bintang aksi Dwayne “The Rock” Johnson dan menghasilkan filem pendek The ROCKxSIRI Dominate the Day. Filem pendek ini akan menunjukkan bagaimana pembantu maya Siri boleh digunakan dalam situasi harian. Poster filem pendek ini dikongsi oleh si jaguh rakyat menerusi akaun Instagram beliau. Ia boleh ditonton sekarang melalui laman YouTube rasmi Apple.


TIPS & ULASAN