Cari @ Amanz

Permainan video kini adalah hobi yang semakin diminati ramai tanpa mengira umur. Bagi memudahkan proses pembelian secara atas talian. Maybank2U kini menawarkan perkhidmatan tambah nilai Game Credits ke dalam akaun Steam Wallet, MOLPoints dan MyCard.

Penambahan nilai RM 5 ke atas boleh dilakukan menerusi laman web dan juga aplikasi Maybank2U. Pengguna hanya perlu ke skrin pilihan tambah nilai dan nombor pin akan diberikan selepas urusniaga dilengkapkan.

Dengan ini pembayaran tidak lagi terhad kepada penggunaan kad kredit dan pembayaran menerusi ATM seperti sebelumnya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai terma dan syarat sila layari pautan di bawah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd