Milo Kini Menawarkan Gelang Tangan Kecergasan Memfokuskan Kanak-Kanak

Milo Kini Menawarkan Gelang Tangan Kecergasan Memfokuskan Kanak-Kanak

Diterbitkan pada July 24, 2017 oleh .

Milo merupakan salah satu minuman yang tidak asing bagi pengguna tempatan. Kini, mereka membuat kejutan dengan memperkenalkan gelang tangan pintar memfokuskan kecergasan khusus untuk kanak-kanak dinamakan sebagai Milo Champion Band.

Milo Champ Band

Melalui penyenaraian di Lazada, Milo mengatakan ia khusus untuk kanak-kanak yang berumur antara 7 ke 12 tahun. Menggunakannya, anda boleh menyemak langkah yang diambil oleh anak anda setiap hari, menyemak waktu aktif, kalori yang terbakar dan sebagainya.

Data yang dikumpulkan juga boleh diakses melalui aplikasi MILO Champion – sekaligus mendapatkan kandungan tambahan unik untuk tumbesaran anak yang lebih sihat.

Milo Champ Band

Bagi anda yang berminat dan inginkan suatu gelang tangan kecergasan khusus untuk anak anda, mungkin boleh mendapatkan ia daripada Lazada pada harga RM139.


TIPS & ULASAN