Cari @ Amanz

Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Mi 5X secara rasminya pada 26 Julai ini, disamping turut memperlihatkan sistem operasi MIUI generasi terbaru, iaitu MIUI9. Kini, bersempena dengannya, Xiaomi turut hadir dengan beberapa gambar peranti berkenaan dan juga sebuah video teaser ringkas.

Buat masa ini, Xiaomi telah memperlihatkan rekaan hadapan dan belakang telefon berkenaan – dan masih hanya belum berkongsi spesifikasi penuh untuknya secara rasmi lagi. Desas-desus mengatakan ia mungkin hadir dengan cip Snapdragon 625, serta memori 4GB RAM.

Apa pun, yang mencuri perhatian adalah penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang. Selain Redmi Pro, Mi 5X ini mungkin menjadi antara peranti yang menawarkan dwi-kamera pada harga mampu milik.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari Rabu ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi.

Xiaomi Mi 5X

Xiaomi Mi 5X

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd