Digi Kini Turut Menggunakan Spektrum 900MHz Dalam Meliputi Kawasan Yang Lebih Luas

Digi Kini Turut Menggunakan Spektrum 900MHz Dalam Meliputi Kawasan Yang Lebih Luas

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Sejak 1 Julai 2017 yang lepas, Digi dilihat telah mengaktifkan spektrum 900MHz untuk sokongan rangkaian 4G LTE mereka, dan kini syarikat telekomunikasi yang sinonim dengan warna kuning berkenaan berkongsi lanjut mengenai perkembangan terkini penawaran mereka.

Menurut Digi, kini rangkaian 4G LTE meliputi 86% kawasan berpenduduk di Malaysia di 295 bandar, dan rangkaian LTE-A daripada Digi pula kini telah meliputi sekitar 45% kawasan berpenduduk di Malaysia.

Digi 900MHz

Dalam usaha untuk meliputi kawasan yang lebih luas, kini Digi turut mengguna pakai spektrum 900MHz. Dengan penggunaan spektrum rendah, ia menawarkan kebolehan liputan yang lebih luas daripada pusat pemancar – selain turut menawarkan liputan rangkaian yang baik dalam bangunan.

Dengan langkah ini juga, ia turut menawarkan pengalaman yang baik ketika berada dibawah tanah – sebagai contoh ketika menaiki MRT. Ia membolehkan pengguna kekal berhubung dan menikmati rangkaian internet yang baik – tanpa terputus ketika menaiki sistem pengangkutan awam terbaru yang dilancarkan di Lembah Klang.

Bagi anda yang menggunakan rangkaian Digi, adakah anda melihat sebarang perubahan pada liputan rangkaian anda sejak seminggu dua kebelakangan ini?


TIPS & ULASAN