Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti di dalam keluarga Galaxt J7 dilancarkan semalam. Samsung Galaxy J7 Nxt dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, pemproses Exynos 7870, memori sebesar 2 GB RAM dan storan sebesar 16 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 256 GB.

Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/1,9 dipadankan dengan kamera selfie 5-Megapixel. Membekalkan kuasa ialah bateri sebesar 3000 mAh. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android Nougat.Tidak seperti Galaxy J7 Pro, peranti ini tidak mempunyai sokongan NFC atau pengimbas cap jari. Oleh itu ia turut tidak menyokong sistem pembayaran Samsung Pay. Samsung mengesahkan ia bakal dipasarkan di Malaysia. Di India peranti ini dijual pada harga ₹11,490 (~RM 764) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd