Google Sedang Mengkaji Format Gambar Baru Untuk Web Dinamakan “Pik”

Google Sedang Mengkaji Format Gambar Baru Untuk Web Dinamakan “Pik”

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Google sedia memperkenalkan WebP sebelum ini, iaitu sebuah format gambar khusus untuk web – dan telah mula digunakan secara meluas pada perkhidmatan Google, termasuk oleh pelbagai perkhidmatan web lain.

Kini, selain daripada WebP, Google turut sedang membangunkan sebuah projek baru dinamakan “Pik”. Melalui apa yang disenaraikan pada GitHub, Google melabelkan sebagai ia merupakan sebuah format imej baru untuk internet.

Google melalui laman Github berkenaan turut mengatakan ia pada peringkat kajian lagi buat masa ini, dan sedikit mengejutkan kerana Google turut melabelkan ia sebagai bukan produk Google.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak laman GitHub dan mengikuti pembangunan format baru Pik ini?


TIPS & ULASAN