Western Digital Memperkenalkan Teknologi X4 Baru Dengan Gabungan 3D NAND

Western Digital Memperkenalkan Teknologi X4 Baru Dengan Gabungan 3D NAND

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Syarikat Western Digital sentiasa berada di hadapan apabila mengumumkan kehadiran teknologi storan terbaru dan terpantas. Mereka baru sahaja mengumumkan kejayaan mereka menyatukan teknologi 4-bits per cell, X4 dengan 3D NAND 64 lapis yang dinamakan BiCS3 X4.

Teknologi BiCS3 X4 ini membolehkan pihak Western Digital memuatkan kapasiti storan sebanyak 734 gigabit (~91 GigaByte) di dalam satu sel berbanding 512 gigabit apabila menggunakan teknologi X3 sebelum ini.

Dari segi penggunaannya di dalam peranti storan pula, pihak Western Digital dikatakan akan menunjukkan peranti-peranti storan yang menggunakan teknologi ini di acara Flash Memory Summit pada bulan Ogos nanti.

 


TIPS & ULASAN