Cari @ Amanz

Peranti realiti gabungan HoloLens ialah usaha Microsoft untuk menggabungkan dunia realiti dengan dunia maya. HoloLens generasi pertama buat masa ini hanya dibuka jualannya kepada golongan pembangun. Untuk generasi seterusnya Microsoft akan menggunakan Holographic Processing Unit (HPU) yang mempunyai cip khas untuk kecerdasan buatan.

Cip ini diperlukan bagi menjalankan sistem Deep Neural Networks (DNNs) yang mampu mengenali objek yang dilihat. Sebagai contoh HoleLens dapat mengenali kerusi yang dilihat dan kemudian meletakkan objek maya di atasnya dengan tepat. Ini memberikan gabungan dunia maya dan realiti yang lebih imersif. HoloLens generasi kedua ini hanya dijangka dilancarkan pada tahun 2019.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd