Cari @ Amanz

Pada bulan April yang lalu kedengaran ura-ura jenama ZUK akan dihentikan pengeluarannya. Jenama ini akan hidup sebagai pelancar ZUK yang digunakan pada peranti Motorola untuk pasaran China. Sehingga kini pihak Lenovo yang memiliki ZUK tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai masa depan jenama ini. Terkini laman rasmi Zuk.com dan laman komuniti telah ditutup.

ZUK CyanogenApabila pengguna melayari URL di atas, trafik akan diarahkan laman rasmi Motorola China. Ini ialah petanda paling nyata jenama ini akan dihentikan. Antara sebab yang menyebabkan ia ditutup ialah bagi mengurangkan kos operasi Lenovo serta memudahkan proses pemasaran. Lenovo lebih serius memasarkan semula jenama Motorola yang lebih dikenali ramai di dalam dunia peranti mudah alih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd