Cari @ Amanz

Nokia 8 merupakan telefon pintar akan datang daripada HMD Global yang dinantikan ramai. Ia sedia tertiris sebelum ini, memperlihatkan akan dilengkapi dengan sokongan dwi-kamera berjenama ZEISS, selain dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835 bersama dengannya.

Kini, ia dilihat HMD Global akan akhirnya bakal melancarkan telefon pintar ini pada pertengahan Ogos kelak, iaitu 16 Ogos.

Nokia 8

Mengikut desas-desus sebelum ini, ia mengatakan Nokia 8 akan dilengkapi skrin 5.3-inci dengan paparan 2560×1440, menggunakan memori sehingga 6GB RAM, menyokong dwi-SIM, dan dilengkapi dwi-kamera 13-megapixel dibelakang berasaskan optik ZEISS.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 16 Ogos ini untuk melihat apakah lagi penawaran menarik melalui Nokia 8 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd