Kazunori Yamauchi, Bapa Gran Turismo Akan Hadir Di PlayStation Experience 2017 SEA

Kazunori Yamauchi, Bapa Gran Turismo Akan Hadir Di PlayStation Experience 2017 SEA

Diterbitkan pada July 25, 2017 oleh .

Pengumuman yang amat menarik hari ini mengenai acara PlayStation Experience 2017 SEA yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur 5 Ogos hadapan. Kazunori Yamauchi, bapa kepada siri Gran Turismo disahkan akan hadir bagi memperlihatkan sendiri permainan Gran Turismo Sports.

Bagi peminat penyelaku pemanduan kenderaan, Gran Turismo ialah siri yang amat diminati kerana mempunyai sistem fizik kenderaan yang hampir kepada realiti. Malahan permainan video Gran Turismo telah digunakan untuk melatih pemandu amatur untuk berlumba secara profesional. Bagi mereka yang ingin menemui Kazunori Yamauchi, temui beliau di PlayStation Experience 2017 SEA.


TIPS & ULASAN