Cari @ Amanz

Neffos sebelum ini pernah hadir dengan siri Neffos X1, iaitu peranti berasaskan logam yang dijana dengan cip MediaTek Helio P10. Hari ini pada acara di ibu kota, Neffos telah melancarkan satu lagi model di bawah siri ini, menerusi Neffos X1 Lite.

Neffos X1 Lite hadir dengan binaan yang hampir sama seperti Neffos X1 sebelum ini, namun didatangkan dengan spesifikasi yang sedikit berbeza di dalamnya.

Ia masih mengekalkan paparan IPS LCD pada saiz 5-inci 720p, namun kini hadir dengan cip pemprosesan MediaTek MT6750 yang dibina berasaskan cip lapan-teras Cortex-A53. Berbeza dengan Neffos X1, ia hanya ditawarkan dalam satu versi sahaja iaitu versi 2GB RAM + 16GB.

Untuk keupayaan kamera, ia hadir dengan sensor 13MP f/2.0 untuk kamera utama bersama sokongan Phase Detection Autofocus (PDAF) dan dual-tone LED flash. Ia juga membawakan kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah bagi memudahkan anda mengambil selfie dengan rakan-rakan anda.

Melengkapkan lagi peranti ini ialah pengimbas cap jari dengan tindak balas 0.2s, bateri berkapasiti 2550 mAh, bersama antaramuka NFUI 2.0 yang dibina berasaskan sistem operasi Android 7.0 Nougat.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM499 yang mana boleh didapati melalui Lazada atau pengedar-pengedar rasmi Neffos Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd