Anda Boleh Naik-Taraf Telefon Pintar Anda Kepada Galaxy S8 atau S8+ Dengan Mudah Melalui Senheng

Anda Boleh Naik-Taraf Telefon Pintar Anda Kepada Galaxy S8 atau S8+ Dengan Mudah Melalui Senheng

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Seperti biasa apabila tibanya suku tahun ketiga, pelbagai peranti baru akan diperkenalkan. Salah satu peranti flagship iaitu Samsung Galaxy S8 telah mula dijual dari bulan Mei lalu dan bermula minggu lepas, Senheng dan senQ telah mengadakan tawaran khusus untuk peranti ini.

Untuk tempoh terhad, Senheng dan senQ akan mengadakan program tukar ganti peranti lama bagi mendapatkan peranti Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ pada harga yang lebih menarik, bergantung kepada peranti yang ditukarkan. Peranti-peranti yang boleh ditukarkan adalah dari jenama Apple, Huawei dan juga Samsung dan tertakluk kepada model yang tersenarai.

Dari segi pengiraan, sekiranya anda memiliki iPhone 5S 64GB, anda boleh memperoleh nilai tukar-ganti sehingga RM 650 dan membayar baki harga RM 2,649 untuk mendapatkan Galaxy S8 yang dijual pada harga RM 3,299. Sekiranya anda menukar-ganti dengan telefon yang lebih baru, contohnya Samsung Galaxy S7, peranti tersebut dinilaikan pada harga RM 1,400 dan anda hanya perlu menambah RM 2,299 bagi mendapatkan Galaxy S8+

Bagi mendapatkan tawaran ini, beberapa terma haruslah diikuti iaitu:

  • masih boleh beroperasi, dan menggunakan kad SIM syarikat telekomunikasi Malaysia
  • bukan peranti klon
  • tiada kecacatan utama seperti retak, pecah, kehilnagan butang, paparan skrin yang masih berfungsi,
  • fungsi pengimbas cap jari yang masih boleh digunakan

Untuk maklumat lanjut terma dan syarat program ini, layari laman web Senheng dan anda boleh melakukan penukaran ini di kesemua cawangan Senheng dan senQ di seluruh Malaysia.

Tukar ganti: Telefon lama anda kepada Samsung Galaxy S8 | S8+ dari Senheng dan senQ

Penafian: Advertorial dari Senheng


TIPS & ULASAN