Cari @ Amanz

Xiaomi akan melancarkan telefon pintar Xiaomi Mi 5X mereka secara rasminya esok, tetapi menariknya, kini ia dilihat, baru-baru ini sebuah telefon pintar baru telah melepasi pengesahan Sirim.

Peranti yang melepasi pengesahan Sirim ini menggunakan nama “MDG2”. Carian kasar memperlihatkan ramai yang menyasarkan ia berkemungkinan adalah telefon pintar Xiaomi Mi 5X yang akan dilancarkan secara rasminya oleh Xiaomi esok, 26 Julai.

Sebelum ini, kita turut melihat Mi 6 turut telah melepasi Sirim pada bulan Mei lepas, tetapi hanya baru-baru ini sahaja Xiaomi hadir dengan teaser menandakan ia akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat. Sekiranya peranti yang melepasi Sirim ini adalah Mi 5X, maka mungkin kita akan melihatnya di Malaysia dalam tempoh sekitar 2-3 bulan lagi.

Sirim

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd