Cari @ Amanz

Softbank, salah satu syarikat gergasi dari Jepun yang aktif melabur pada pelbagai syarikat, kini dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan pihak Uber untuk melakukan pelaburan bernilai berbilion ringgit.

Laporan baru ini hadir hanya sehari selepas Softbank mengumumkan pelaburan pada Grab. Buat masa ini, Softbank sedia membuat pelaburan pada beberapa syarikat memfokuskan tempahan pengangkutan ini, termasuk Grab, Ola di India, dan juga Didi Chuxing di China.

Sekiranya Softbank melabur pada Uber, maka secara tidak langsung boleh dikatakan Softbank mempunyai pegangan yang paling besar dan hampir memonopoli dalam pasaran tempahan pengangkutan – memandangkan syarikat yang lain adalah bersaiz kecil dan kurang popular.

Apa pun, seperti biasa, sekiranya ini benar, maka ia mungkin mengambil sedikit masa memandangkan Uber masih mencari ketua pegawai eksekutif baru untuk syarikat – dan tidak diketahui lagi langkah Softbank ini akan diterima atau tidak memandangkan mereka turut melabur pada pesaing Uber.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd