Cari @ Amanz

Facebook sedia menekankan kepada sokongan penstriman video langsung mereka, termasuk dalam bentuk video 360-darjah sebelum ini. Hari ini, gergasi laman sosial berkenaan menekankan kepada ciri berkenaan, dan mengumumkan beberapa penambahan baru.

Kini, Facebook Live 360 turut menyokong penstriman pada resolusi 4K, sekaligus menawarkan pengalaman yang lebih baik kepada para penonton. Dengan sokongan ini juga, mereka yang mempunyai Gear VR, turut boleh menikmati video 360-darjah ini melalui peranti realiti-maya mereka dengan mudah sekaligus mengalami pengalaman seumpama ia berlaku disekeliling mereka.

Sebaik sahaja selesai penstriman langsung video 360-darjah pada Facebook, kini pengguna turut akan disediakan dengan beberapa ciri-ciri tambahan – termasuk kemudahan untuk menyunting dan menjadikan paparan lebih stabil. Disamping itu, Facebook turut mengumumkan Live 360 Ready Program yang mana merupakan sejumlah peranti dan perisian yang menerima pengesahan daripada Facebook untuk sokongan Live 360.

Dengan penekanan baru ini, ia secara tidak langsung akan membuatkan lebih ramai penerbit menghasilkan kandungan video 360-darjah yang mana pada masa sama akan membantu Facebook dalam mempunyai kandungan secukupnya pada penawaran realiti-maya mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd