Selamat Tinggal Flash – Adobe Akan Menamatkannya Pada Penghujung 2020

Selamat Tinggal Flash – Adobe Akan Menamatkannya Pada Penghujung 2020

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Adobe FlashFlash merupakan salah satu format yang popular beberapa tahun dahulu – terutamanya untuk menikmati video dan beberapa jenis kandungan melalui web. Walaubagaimanapun, dengan pembangunan web yang lebih moden, dan perkembangan teknologi seperti HTML5 dan sebagainya, populariti Flash semakin merudum dari hari ke hari.

Malah, sejumlah kerentanan sekuriti pada Flash juga membuatkan ramai yang tidak meminati penggunaannya.

Hari ini, Adobe mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk Flash pada 2020 kelak. Secara khususnya, Adobe akan berhenti menawarkan dan mengemaskini Flash Player sleepas penghujung 2020 kelak.

Sehingga tempoh berkenaan, Adobe akan terus menawarkan kemaskini untuk Flash. Pihak Adobe juga turut mengalakkan para pembangun kandungan untuk beralih dan menggunakan format yang lebih terkini.

Sebelum ini, Flash telah ditawarkan sejak 1996 yang lepas oleh Macromedia. Sejak daripada itu, dengan perkembangan era internet, Macromedia Flash dan Macromedia Flash Player meningkat popular – membuatkan Adobe mengambil-alih Macromedia pada Disember 2005 – dan dijenamakan kepada Adobe Flash.

Adobe Flash mula menerima kesan negatif sejak pekembangan era peranti mudah-alih – terutamanya Apple yang tidak menyokong format berkenaan pada iOS. Dan kini, akhir-akhir ini kita sedia melihat sejumlah pelayar web turut mengaktifkan sokongan Click-to-Play yang memerlukan pengguna mengaktifkan pemalam berkenaan sebelum kandungan disebaliknya dapat dimainkan.


TIPS & ULASAN