Cari @ Amanz

Fon kepala yang baik akan memberikan pengalaman menyelami dunia permainan video dengan lebih sempurna. Bagi mereka yang mencari fon kepala khas untuk permainan video, dua model terbaru Razer Tiamat dilancarkan hari ini. Razer Tiamat 7.1 V2 dan Tiamat 2.2 V2 kedua-duanya mensasarkan dua kumpulan berbeza.

Bagi penggemar audio surround, Tiamat 7.1 V2 menyokong audio 7.1 dan dilengkapi 10 pemacu audio. Fon kepala ini mempunyai satu pemacu 40mm, dua pemacu 30mm dan dua pemacu 20 mm pada setiap telinga. Empat sambungan bicu audio 3.5mm diperlukan bagi mendapatkan kualiti audio terbaik. Tetapi ia turut boleh berfungsi sebagai fon kepala stereo apabila diperlukan dan terdapat sebuah mic terbina. Harga jualan Tiamat 7.1 V2 ialah $200 (~RM 857) sepasang.

Tiamat 2.2 V2 pula ialah fon kepada stereo biasa yang turut menyokong sistem audio surround secara maya. Sepasang pemacu audio 50mm digunakan pada setiap telinga. Fon kepala ini dijual pada harga $130 (~RM 557) sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd