Stesen Janakuasa Kincir Angin Terapung Pertama Dunia Mula Dibina Di Scotland

Stesen Janakuasa Kincir Angin Terapung Pertama Dunia Mula Dibina Di Scotland

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Penggunaan tenaga elektrik yang menggunakan sumber lestari semakin mendapat tempat di dunia setelah ramai mula menyedari bahaya pergantungan kepada penjanaan menggunakan bahan api fosil. Di Timur Laut Scotland, stesen janakuasa kincir angin terapung pertama di dunia mula dibina.

Stesen janakuasa Hywind akan dilengkapi lima kincir angin gergasi yang akan membekalkan kuasa kepada 20,000 rumah. Setiap kincir setinggi 175 meter ini dilengkapi tiga bilah kipas masing-masing sepanjang 75 meter. Sebelum ini janakuasa kincir angin perlu dipasak ke permukaan laut dan ini menghadkan kawasan di mana ia boleh dibina.

Dengan teknologi baru ini, ia boleh diletakkan di mana-mana kawasan dengan kedalaman maksimum 1 kilometer. Bahagian atas kincir terapung dengan kabel dipasang ke lantai laut bagi mengekalkan kedudukannya.

Hywind terletak 25 kilometer dari bandar Peterhead dengan kos pembinaan mencecah £190 Juta (RM 1.06 Billion). Firma Statoil yang membina Hywind mensasarkan teknologi digunakan di Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai banyak kawasan laut dalam yang boleh digunakan untuk membina stesen janakuasa terapung.


TIPS & ULASAN