Cari @ Amanz

USB 3.0 Promoter Group, badan yang membangunkan piawaian untuk USB, kini telah mengumumkan piawaian dan spesifikasi baru untuk USB-C, iaitu USB 3.2.

USB 3.2 ini dilihat memfokuskan kepada sokongan Multi-lane Operation, yang mana membolehkan anda menghantar dan menerima data dengan lebih pantas berbanding sebelum ini. Dengan USB 3.2, ia menawarkan kebolehan hadir dengan dua lajur operasi pada kadar 5Gbps atau 10Gbps.

Seperti biasa, anda akan memerlukan peranti yang menyokong piawaian USB 3.2 ini untuk menggunakan sepenuhnya. Namun, menariknya, badan sama turut mengumumkan kabel USB 3.0 sedia ada turut akan boleh mengambil kelebihan daripada spesifikasi akan datang ini, dan menawarkan pemindahan data sehingga kelajuan 2Gbps.

Buat masa ini, piawaian ini masih pada peringkat awal, dan dijangka selesai sepenuhnya dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd