Cari @ Amanz

Hari ini hari yang agak sibuk di dalam dunia peranti pintar. Motorola Moto Z2 Force dan Xiaomi Mi 5X dilancarkan beberapa jam yang lalu. Kini tiba giliran Meizu Pro 7 pula dilancarkan selepas rekaannya beberapa kali tertiris. Meizu Pro 7 dan Pro 7 Plus kedua-duanya dilengkapi dengan skrin sekunder pada bahagian belakang peranti.

Dari segi spesifikasi Meizu Pro 7 dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, diperkasakan pemproses MediaTek Helio X30,memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama berkembar 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Skrin sekunder pada bahagian belakang juga menggunakan panel SAMOLED berwarna dan bukannya e-ink seperti beberapa ura-ura sebelum ini. Sebuah bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 3.0.

Meizu Pro 7 Plus mempunyai spesifikasi yang sama cuma skrin 5.7″ SAMOLED QHD digunakan. memori sebesar 6 GB RAM dan storan 64/128 GB. Sebuah bateri sebesar 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas mCharge 4.0. Rekaan peranti adalah logam sepenuhnya dan mendapat sentuhan firma rekaan industri Frog Design dari Jerman.

Sistem dwi-kamera menggabungkan sensor berwarna dengan sensor hitam putih bagi menghasilkan gambar yang lebih terang. Skrin sekunder pada bahagian belakang membolehkan foto selfie diambil menggunakan kamera pada bahagian belakang.

Terdapat pengimbas cap jari pada bahagian dagu serta sebuah bicu audio. Ia turut menggunakan port pengecasan USB-C. Kedua-dua model turut dilengkapi cip audio khas bagi memberikan kemampuan bunyi yang tinggi. Empat pilihan warna diberikan iaitu hitam, ,emas, perak dan merah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd