Lebih 1 Bilion Pengguna Seluruh Dunia Menggunakan WhatsApp Setiap Hari

Lebih 1 Bilion Pengguna Seluruh Dunia Menggunakan WhatsApp Setiap Hari

Diterbitkan pada July 27, 2017 oleh .

Pada tahun lepas, WhatsApp telah mengumumkan yang mana lebih satu bilion pengguna seluruh dunia yang menggunakan WhatsApp setiap bulan. Hari ini, perkhidmatan permesejan yang dimiliki oleh Facebook berkenaan mencapai satu lagi angka yang membanggakan bagi mereka, iaitu lebih 1 bilion pengguna menggunakan perkhidmatan mereka setiap hari.

Angka pengguna aktif setiap bulan pula kini telah meningkat kepada 1.3 bilion.

WhatsApp

Menariknya, mereka turut berkongsi beberapa statistik menarik, termasuk mengatakan lebih 1 bilion video yang dikongsikan melalui platform berkenaan setiap hari – sekaligus memperlihatkan peningkatan populariti penggunaan video dikalangan pengguna seluruh dunia.

Untuk tahun ini, WhatsApp dijangka hadir dengan beberapa lagi ciri-ciri menarik, termasuk penawaran khusus untuk perniagaan, dan kebolehan membuat pembayaran melaluinya.


TIPS & ULASAN